Dengan kerjasama guru-guru SMK Gum Gum, di samping sokongan yang tidak terbelah bahagi daripada Pengetua Sekolah, Tn. Hj. Mohd Khairul Anuar bin Abdullah, maka wujudlah satu laluan, iaitu Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SMK Gum Gum, Sandakan.
Laluan ini telah mendapat sentuhan semua guru, terutamanya Pn. Sittie Masang selaku Setiausaha PPDa SMK Gum Gum. Di samping itu, laluan ini juga mendapat sentuhan daripada Pn. Rubaya Awaluddin, Pn. Sitti Fatimah Muhd Alwi, Cik Nagajothi Poliah serta guru-guru yang lain yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan membantu menjayakan laluan ini.
Selain itu, para pelajar juga turut memberi sumbangan dalam mewujudkan laluan PPDa ini selari dengan misi kerajaan untuk melahirkan pelajar bebas daripada dadah. Hasilnya para pelajar dapat mengetahui keburukan dadah, alkohol, rokok, inhalan dan juga penyakit HIV dan seterusnya dapat memelihara diri mereka daripada terlibat dengan gejala yang tidak sihat tersebut.
Proses mewujudkan laluan ini dimulai dengan meletakkan papan tanda dengan warna-warna yang dipilih dan dilekatkan berkaitan D.A.R.I.H. Poster-poster dan maklumat tersebut dilekatkan di papan tanda berkenaan. Di sini juga diwujudkan laluan positif dan laluan negatif. Satu arah menuju kejayaan tanpa terlibat dengan dadah manakala satu lagi diwujudkan penjara, tali gantung, hukuman sebat dan tanah kubur sebagai simbolik untuk laluan negatif.
No comments:
Post a Comment