Tanggal 26 Oktober 2015, seramai 40 pelajar dari SMK Tinusa Sandakan telah membuat lawatan ke SMK Gum Gum, terutamanya ke Laluan PPDa SMK Gum Gum. Mereka diiringi oleh 4 orang guru pengiring.
Pelajar-pelajar tersebut terdiri pengawas sekolah, pusat sumber dan juga kepimpinan lain. Tujuan utama diadakan adalah untuk melihat suasana persekitaran SMK Gum Gum, terutamanya laluan PPDa SMk Gum Gum yang terpilih mewakili negeri Sabah dalam Pertandingan Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Peringkat Kebangsaan 2015.
Diharapkan para pelajar dapat mengambil maklumat dan informasi berguna untuk masa depan mereka yang cemerlang dan gemilang selari dengan misi KPM untuk melahirkan pelajar bebas dari dadah melalui pelaksanaan PPDa di sekolah.
No comments:
Post a Comment